Orang Johor menang di Kelantan Daeng_Sanusi_Daeng_Mariok

Beliau menang bertanding di parlimen Rantau Panjang dari 1990 hingga 1999 kerana selera politik orang Kelantan rela membenarkan orang luar bertanding di peringkat parlimen . Antara tokoh luar yang menang dalam pilihan raya di Kelantan ialah Profesor Zulkifli Mohamad, Datuk Raja Abu Hanifah Abdul Ghani, Othman Abdullah, Haji Ahmad Perai, Abu Bakar Hamzah,Khalid Samad-Kuala Krai, Mohd Sabu-Nilam Puri, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub - Kubang Kerian.[1] Nasharuddin Mat Isa- Bachok, Dr Hatta Ramli-Kuala Krai dan terbukti pengundi Kelantan telah berjaya melepasi kefahaman daerah dan kenegerian. Di Terengganu pula, Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi, Hassan Adli Mohd Arshad dan Khadijah Sidek. [2]

Daeng Sanusi seangkatan dengan tokoh PAS lain seperti Senator Hassan Shukri, Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Mustapha Ali, Datuk Harun Taib, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Wan Mutalib Embong, Haji Subky Abdul Latif, Ustaz Hashim Jasin dan Tuan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.[3]

Berkaitan